Suami sering keluar malam, ke mana ??

Anak anda ponteng sekolah ??

Rakan anda meminjam kereta, ke mana??


ANDA PENING KEPALA. Nak tanya salah, tak tanya pun salah. Rumah tangga boleh jadi porak peranda hanya kerana meragui kejujuran mereka. Mungkin anda silap, tapi bagaimana jika sangkaan buruk anda itu betul ?!

Suami sering keluar malam ?, ke mana dia pergi ? Anda jadi tidak keruan memikirkan jika dia berlaku curang. Atau anda bimbang keselamatannya ? Mungkin kemalangan, terhumban ke dalam gaung. Beribu kemungkinan...

Anak anda pula, katanya dia ke sekolah, ada aktiviti sukan. Anda ragu-ragu, sejak kebelakangan ini kelakuannya agak aneh. Dia rasa tak senang duduk tinggal di rumah, macam-macam alasan diberinya agar dapat keluar rumah. Tapi kemana dia pergi..?

Rakan anda yang tidak berapa anda gemari ingin meminjam kereta. Anda ragu-ragu, tetapi terpaksa meminjamkan juga kerana katanya hendak pergi dekat saja. Adakah dia jujur? Betulkah tempat tujuannya seperti yang dikatakannya ??

Anda mempunyai perniagaan yang sedang meningkat maju. Tapi anda tidak yakin dengan pemandu van syarikat anda. Kadang-kadang dia mengambil masa terlalu lama menghantar barang ke tempat yang sepatutnya mengambil masa beberapa minit. Pengunaan minyak meningkat, belanja mengurus meningkat kerana dia. Tumpuan anda terganggu memikirkan sikap pekerja anda yang bermasalah ini..

Senario di atas memang sering kita lalui dalam kehidupan kita. Selalunya tekanan begitu memang menyakitkan hati. Adakala sehingga menimbulkan kemarahan, akibatnya mencalarkan keperibadian anda yang biasanya penuh kemesraan dan kesopanan. Kewarasan yang patutnya mengemudi hidup dengan tenang kerap terganggu dengan situasi sebegitu. Semuanya kerana anda tertanya-tanya di manakah orang atau harta-benda yang anda sayang berada.

Alangkah bagus kalau semua ini dapat dihentikan supaya anda menjadi lebih produktif dan dapat meneruskan kehidupan dengan aman.

KALAU BEGITU HENTIKANLAH !!
TAPI BAGAIMANA ??

Dalam situasi seperti yang diceritakan di atas, hanya dengan ilmu nujum saja dapat anda mengetahui kedudukan mereka !!

Benarkah begitu ?

TIDAK !!. Sebenarnya dengan sains dan teknologi masakini, anda bolah mengetahui kedudukan mereka setiap masa. Anda mungkin pernah mendengar perkataan GPS atau Global Positioning System.

Secara ringkas, GPS adalah suatu sistem yang digunakan untuk menentukan kedudukan anda di atas muka bumi ini. Sistem ini menggunakan hampir 60 buah satelit yang mengelilingi bumi dan memancarkan isyarat berterusan ke setiap ceruk permukaan muka bumi ini.
 

Sudah tentu sebuah alat khas diperlukan untuk menterjemah isyarat dari satelit ini dan menunjukkan kedudukan anda. Anda mungkin pernah melihat rakan anda menggunakan peta seperti ini dalam keretanya sebagai alat menentukan arah supaya tidak sesat menuju ke sesuatu tempat. Alat ini juga menggunakan teknologi GPS.

 

Soalan... "Alat itu sudah saya pasangkan pada kereta saya dan sedang dipandu oleh anak saya pergi bersiar-siar, jika alat itu sedang menerima isyarat di satu tempat yang tidak saya ketahui, bagaimana saya nak tahu kandungan isyarat itu supaya saya boleh tahu kedudukannya ?"

Kini, dengan gabungan teknologi GPS dan GSM isyarat ini boleh di hantar kepada anda dalam bentuk SMS. !!
 

Anda tentu sudah arif mengenai GSM, tapi kalau dah terlupa mengenainya, Global System for Mobile communications adalah satu lagi teknologi komunikasi yang digunakan pada telefon bimbit anda, samada Celcom, Maxis atau Digi.


Content

Specs.
Dimension 64mm x 46mm x 17mm
(1.8” x 2.5” x 0.65”)
Weight 50 g
Network GSM/GPRS
Band 900/1800/1900Mhz
GPS Chip SIRF3 Chip
GSM/GPRS Module Siemens MC56
GPS Sensitivity -159 dBm
GPS Accuracy 5 ~ 10 m
Time To First Fix

Cold Status 45s
Warm Status 35s
Hot Status 1s

Wall Charger 110-220V Input
5V Output
Battery

Chargeable / Changeable
3.7V 800 mAh
Li-ion Battery

Standby 48 hours
StorageTemp. -40°C to +85°C
OperationTemp. -20°C to +55°C
Humidity 5% ~ 95% non-condensing

GPS TRACKER TERKECIL DI DUNIA !

Anda tentu masih ingat pada awal pembukaan Lapangan terbang KLIA dulu, terdapat bonggolan besar di atas teksi KLIA. Itu adalah sebahagian daripada pengesan GPS berfungsi sebagai pengukur kedudukan dan jarak teksi itu bergerak.
Teknologi kian berubah dan kini alat dengan fungsi serupa boleh didapati dengan saiz yang sangat kecil. Lihat saja perbandingan dalam gambar di atas, ini adalah antara GPS Tracker yang paling kecil di dunia.. !!


Contoh maklumat dari GPS Tracker yang dipaparkan melalui Google Earth (Kedudukan GPS Tracker di kotak Biru)

BUKA SAJA UNTUK MENGESAN KEDUDUKAN...

1) Dengan GPS Tracker ini anda juga boleh menetapkan "pagar" bagi menghadkan kedudukan alat ini, dan jika alat ini dibawa keluar dari kawasan "pagar" itu, anda akan dimaklumkan. Contoh :-

Anda tinggal di Kuala Lumpur. GPS Tracker ini terpasang pada motosikal yang ditunggang oleh anak anda untuk ke Seremban melawat rakannya disana. Selepas beberapa jam di sana, dia tidak terus pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menuju ke arah Melaka, melangkaui had (Seremban) yang anda tentukan, GPS Tracker ini akan menghantar SMS kepada anda.

2)  Mengetahui jika berlaku pergerakan. Jika GPS Tracker diam setempat melebihi 3 minit, anda boleh setkan melalui SMS supaya memberitahu anda jika berlaku pergerakan. Contoh :-

GPS Tracker ini terpasang pada kereta anda dan ditinggalkan di kawasan letak kereta pejabat anda.  Anda keluar outstation kerana bertugas dan meninggalkan kunci kereta anda kepada rakan yang boleh dipercayai atas sebab kecemasan. Esoknya rakan anda mengubah kedudukan kereta anda ke parking yang lebih redup dan hampir dengan pintu pejabat. GPS Tracker ini akan menghantar SMS kepada anda kerana kereta anda telah berubah dari kedudukan asal.

3) Memaklumkan kepada anda jika GPS Tracker ini melebihi had laju. Dengan arahan SMS tertentu, anda boleh mengarahkan GPS Tracker ini menghantar SMS kepada anda jika GPS Tracker dibawa melebihi had laju. Contoh :-

GPS Tracker ini terpasang pada kereta anda dan dipandu oleh isteri anda pulang ke kampung bersama keluarga melalui Lebuhraya PLUS. Had laju adalah 110 km sejam dan bila isteri anda memandu melebihi kelajuan 110km sejam, GPS Tracker ini akan memaklumkan kepada anda.

BUKTI KEJAYAAN...
 
     
 

" Sejak kerja di KL ni, motosikal saya dah 2 kali kena curi. Tinggal kat flet, memang motor kita selalu jadi sasaran sebab rumah saya tingkat 12, motor kat bawah, bukan boleh bawak naik atas. Rantai la macamana pun, diorang boleh curi jugak .. Saya beli lagi motor baru, kerana dah geram sangat, kali ni saya keluar duit, beli Tracker ni. Tiap kali balik, saya letak Tracker in bawah tempat duduk. Barulah dapat tidur lena.
 Betul-betul 2 bulan lepas tu, pukul 4 pagi, saya dapat SMS dari Tracker ni, motor saya bergerak dari parking.
  Saya pun buat report, dan beri maklumat pada polis tentang lokasi motor saya. Kali ni saya dapat balik motor saya, dan yang paling saya puas, sebab budak yang curi tu pun dapat tangkap.... Memang saya syorkan, siapa-siapa yang pakai motor ke kereta ke, alat macam ni memang berguna, tak rugi beli....."

 



Anuar Idris



" Orang tua saya sekarang tinggal dengan saya sebab kat kampung takde siapa lagi yang nak jaga dia. Bila waktu sembahyang, dia lagi suka sembahyang kat surau, ramai kawan sembang, kata dia, tapi masalahnya dia pelupa dan selalu sesat bila nak balik. Dah banyak kali orang hantar, nasib baik kenal.. Pernah sekali tu dia dia jalan kaki sampai 2 km, sebab mencari rumah. Saya pernah bekalkan telefon bimbit, susah juga sebab dia pun tak tau kat mana.
Kali ni dengan GPS Tracker ni, bila dia lambat aje, saya tahu dia sesat lagi, saya terus cari di Google Earth dan jemput dia.
Teknologi tinggi macam satelit ni sekarang tak lagi mahal macam dulu untuk kita rasa manafaatnya, macam GPS Tracker ni, teknologi macam ni dulu tentera Amerika saja yang pakai, sekarang kita pun boleh. Alat ni memang berguna, pada saya setiap keluarga harus menyimpan satu alat macam ni,.."





En Salim Aziz

 
     

Anda mungkin telah pun membelanjakan ribuan ringgit untuk sistem keselamatan kawasan rumah anda. Tapi bagaimana dengan keselamatan hartabenda dan ahli keluarga anda yang berada di luar rumah ?
Kita mungkin tidak mampu mengelak mereka dari menjadi mangsa jenayah, tapi sekurang-kurangnya kita tahu dimana kedudukan mereka.
 

BERITA BARU (Metro 31Julai 09)

Sila baca berita di sebelah. Berita sebegini amat mengecewakan kita kerana perogol terbabit besar kemungkinan terlepas dari pengadilan dan peristiwa ini mungkin akan berulang lagi. Baca dan anda akan memahami betapa pentingnya alat GPS ini bagi mereka yang pernah menjadi mangsa.

Perogol itu pasti dapat dikesan jika gadis tersebut membawa alat ini dan meninggalkannya di dalam kereta perogol itu sebelum dilepaskan.


BERITA BARU
(Metro 7 Sept 09)

Ya... tak perlu saya jelaskan lagi bagaimana dengan GPS Tracker ini tentu motor besar kawan kita ni dapat diselamatkan...

.

JANGAN TUNGGU SEHINGGA ANDA KERUGIAN....
 

Kini gabungan dua teknologi canggih ini, Global Positioning System (GPS) dan Global System for Mobile Communications (GSM) mampu kita manafaatkan untuk keselamatan harta-benda dan jiwa. Hanya dengan RM 820.

AMAT MUDAH DIGUNAKAN. CUMA MASUKKAN SIM CARD, ON, DAN ANDA SUDAH BOLEH MENGESAN ALAT INI DENGAN TELEFON BIMBIT ANDA. !!


Mulakan perlindungan untuk harta benda anda sekarang !!

MILIKI GPS TRACKER INI SEKARANG !!


 
Untuk pembelian atau pertanyaan lanjut, sila isikan borang dibawah untuk proses seterusnya atau telefon 0342967677 atau e-mail zaim@mohdzaim.netMaklumbalas dalam masa 24 jam.
 
     
   
   Pertanyaan : 
 
Nama :
E-Mail : 
Telefon : 

SMS saya Telefon saya E-Mail saya
 

   
 
     


PEMBAYARAN

Nor Emila Mohd Yusof, Acc No. : 164276586676
Mohd Zaim Mohd Tahet, Acc No. : 4477066419

 

 

 

 

my
space counter